Thursday, 29 March 2012

~:: CINTA ALLAH CINTA RSAUL ::~

  • Bissmilahirahmanirahim''
  • "Ya Allah, aku bermohon untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dalam agamaku, duniaku, kaum keluargaku dan hartaku. Ya Allah, jagalah kehormatanku dan berikanlah keamanan kepada keluargaku. Ya Allah, peliharalah aku dari depanku, dari belakang, dari kiri, dari kanan dan dari atasku. Aku mohon perlindungan dengan keagunganMu agar aku tidak menzalimi orang di bawah jagaanku."

    (HR. Imam Ahmad)

    رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً۬ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ حَسَنَةً۬ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ


    dari anas bin malik meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda : doa ialah asas ibadah. (HR tirmizi)


    dari abdullah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda : mintalah kepada Allah akan kurnian-kurnianNYA. sesungguhnya Allah amat suka apabila diminta. dan sebaik-baik ibadah ialah memohon kelapangan (HR tirmizi)


    dari ubadah bin samit meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda : tiada sorang islam diatas muka bumi ini yang tidak memutuskan silaturahim berdoa kepada Allah melainkan diterima akan doanya. memohon dihindarkan dari kesusahan dan kesempitan, akan di beri ganjaran yang setimpal dengan doanya. berkata seorang lelaki dari kami : kalau begitu kami akan banyak berdoa. baginda bersabda : begitu juga Allah akan banyak memberi (HR tirmizi)


    dari salman Al-farsi meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda : sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. apabila seseorang mengangkat tangan di hadapan Allah memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong ( HR tirmizi)


    dari abu hurairah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda : sesungguhnya Allah berfirman : sesungguhnya Aku berada didalam sangkaan hambaKU (Aku akan bermuamalah dengannya sebagaimana yang dia sangkakan terhadapKU) dan AKU akan bersama dengannya ketika dia berdoa kepadaKU ( HR muslim)


    dari abu hurairah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda : tiada sesuatu yang lebih mulia disisi Allah selain daripada doa. (HR tirmizi)


    dari abu hurairah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda : barangsiapa mahu supaya doanya dimakbulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan (HR tirmizi)


    dari Ali meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersbda : doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama dan nur kepada langit dan bumi (HR hakim)


    dari abu hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda : seorang hamba selagi dia tidak berdoa untuk melakukan dosa atau memutuskan silaturahim doanya akan di terima dengan syarat dia tidak ada sifat "gopoh" (bersegera). ketika titanya : ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan bersegera itu? Rasulullah menjawab : mengenai doanya itu seorang berkata " aku telah berdoa dan berdoa lagi tetapi aku tidak melihat doaku diterima ". lalu dia berputus asa dan meninggalkan doa (HR muslim)


    dari abu hurairah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda : berdoalah kamu kepada Allah dengan penuh yakin bahawa doa kamu akan diterima. ketahuilah bahawasanya Allah tidak menerima doa seorang yang hatinya lalai (ketika berdoa).mengingati yang lain selain Allah (HR tirmizi)


    dari jabir berkata, aku mendengar baginda Nabi saw bersabda : sesungguhnya pada waktu malam terdapat satuwaktu yang mana apabila seorang muslim berdoa meminta kebaikan didunia dan akhirat nescaya akan di perkenankan doanya.begitulah pada setiap malam (hr MUSLIM)


    dari abu hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Allah swt akan turun kelangit bumi pada dua pertiga daripada malam dan bertanya : siapakah orangnya yang berdoa kepadaKU nescaya AKU akan perkenankan doanya. dan siapakah orangnya yang meminta sesuatu akan KU beri permintaannya. dan siapakah orangnya yang memohon pengampunanKU necaya AKU ampuni baginya (HR bukhari)


    dari rabi'ah bin amir meriwayatkan bahawa, aku mendengar Nabi saw bersabda : pertegaskanlah doamu dengan "ya dzal jalali wal ikram" yakni ulangilah lafaz ini berkali-kali dalam berdoa (HR hakim)


    Sabda Nabi s.a.w.; "Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa ketika sujud" (HR Imam Muslim)


    sekuat mana pun DUGAAN yang kita hadapi, sebesar apapun KEGAGALAN yang kita rasai,sesusah mana pun HARI2 yang kita lalui,jangan pernah berhenti harap pada pertolongan ILAHI,jgn pernah berhenti berdoa pada RABBI,kerna DOA adalah HARAPAN,dan HARAPAN adalah MASA HADAPAN, kerna HARAPAN adalah sumber KEKUATAN, dan kerna DOA adalah PINTU KEBAIKAN dan DOA adalah SENJATA orang BERIMAN


    CINTA ALLAH CINTA RSAUL

No comments:

Post a Comment