Saturday, 30 March 2013

~" Jangan Bersandar Pada Amal "~




Janganlah Bersandar Kepada Amal

Sungguh....
kita selalu tidak mempunyai perasaan malu
Kadang mengaku sesuatu yang bukan haq kita...
Kerana setiap daya dan kekuatan Kita untuk beribadah,
hakikatnya dari Allah swt jua Adanya..

Bahkan rohani yang mengingat Allah swt
itupun jua rahmat dari-Nya...
bukan atas qudrat kita...
ROHANI itu juga merupakan urusan Allah swt...

''Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh.
Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku
dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan
melainkan sedikit sahaja... (maksud surah Al-Isra' ayat 85)

Oleh yg demikian, janganlah bergantung kepada amal...
tetapi bergantunglah kepada Allah...
agar dihindarkan Allah dari ria', ujub dan takbur...
kerana Allah swt tempat semuanya bergantung..

Setiap perintah amal ibadah
serta larangan-Nya tetap perlu kita taati...

Rasulullah saw sendiri yang ketika hidupnya
Yang sudah dijamin syurga oleh Allah swt
namun baginda tetap patuh dan istiqamah
Menunaikan perintah Allah swt...

Bagaimana pula keadaannya bagi kita
yang lemah, jahil dan hina... ?

Andai ganjaran pahala, syurga, keistimewaan
dan kedudukan yang dikejar Rasulullah saw,
nescaya baginda sudah mengurangkan amal ibadahnya
pada saat baginda mengetahui bahawa Allah swt
telah menjamin tempatnya di syurga....

Namun baginda tetap tekun
dan tidak sedikitpun mengurangi ibadahnya..

Nyatalah,
sesungguhnya bukan ganjaran pahala, syurga,
keistimewaan dan kedudukan
yang menjadi matlamat Rasulullah saw dalam beribadah....
Maka, janganlah kita tersilap langkah
bermatlamatkan ganjaran dalam beribadah...

ikhlaskanlah ibadah kita
dalam penyaksian tauhid akan Alllah swt...

Bukan amal yang memasukkan seseorang ke syurga Allah...
Tetapi masuknya seseorang ke syurga Allah swt
adalah dengan rahmat-Nya jua...

Bukahkah Allah swt itu maha adil dan maha mengetahui?
tetapkanlah keyakinan kita Dan Memperbaiki Niat Kita ...

wassalam

No comments:

Post a Comment